Tamoxifen
Walaupun bumi Melaka dilimpahi hujan hampir separuh hari, tetapi badan saya masih berasa panas. Rasanya dah masuk kali ke-3 saya mandi sepanjang hari ni.
Keadaan panas badan saya lalui ni sudah hampir 2 tahun semenjak saya mula mengambil ubat Tamoxifen bermula Ogos 2020 yang lalu. Rasanya itu adalah kesan minima yang terjadi kepada kebanyakan pesakit kanser payudara seperti saya ni.

Ubat tamoxifen ialah ubat anti-kanser bagi pesakit kanser payudara. Ia bagi mengelakkan daripada kanser kembali atau merebak kepada organ badan yang lain. Saya perlu mengambil Tamoxifen selama 5 tahun. Setiap hari 1 biji ubat. Kalau boleh, jangan tertinggal walaupun sehari.

Hehehehe..Kadang-kadang saya pun terlupa jugak nak makan ubat. Terutamanya kalau saya terlampau sibuk pada hari tersebut sehingga kepenatan yang amat. Apabila kepenatan yang melampau, saya akan tidur awal daripada waktu biasa saya tidur iaitu jam 10.00malam. Pada masa tu, memang saya akan terlupa bab makan ubat ni. 🙂
Saya amat berharap saya akan bebas kanser juga suatu hari nanti. Teringat perbualan antara saya dengan sahabat saya, Kak Wan Nurli beberapa hari lepas semasa kami bersarapan bersama. Kak Wan Nurli berkongsi berita tentang saudaranya yang telah diisytiharkan bebas kanser oleh Institut Kanser Negara. Ayat kak Wan Nurli, “Timah, akak percaya ko pun boleh bebas kanser macam saudara akak”. InshaALLAH.
3 Comments
XRunems
Hello!
Good cheer to all on this beautiful day!!!!!
Good luck 🙂
GDIZ
Your writing skills are amazing! I really love it! Can you review my website https://www.gdiz.eu.org and maybe you can share tour thought about mine?
anie2704
i have gone through your website. i like it very much because you shared a lot of tech skills in upgrading the website functionality. Hopefully your website will grow more after this.