ABOUT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam perkenalan daripada saya, Puan Fatimah.
Nama sebenar saya ialah Puan Fatimah Waatanie binti Mohd Fadzil.
Nama saya diberikan oleh arwah datuk saya. Comelkan nama saya?
Saya dilahirkan pada 27hb April 1981. Maka, anda sudah boleh teka berapa umur saya kan?
Jadi, apabila anda sudah tahu tarikh hari lahir saya,anda jangan lupa berikan ucapan pada tarikh tersebut yer. Ucapan hari lahir daripada anda semua memang membahagiakan saya.
Saya menetap di Melaka Bandaraya Bersejarah sejak daripada kanak-kanak lagi sehingga sekarang walaupun saya dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Kiranya saya adalah orang Melaka ‘piau’ lah.
Saya sudah berumahtangga dengan suami yang tercinta. Suami saya dikenali dengan panggilan Mr H. Alhamdulillah. Doakan kami berbahagia hingga ke akhir hayat. (Sori lah yer tak dapat nak kongsikan gambar suami yer. Dia spesis ‘shy shy cat‘).


Kerjaya hakiki saya adalah pensyarah dalam bidang kejuruteraan elektrik di sebuah institusi pendidikan kemahiran di Melaka. Alhamdulillah, saya sudah berkhidmat hampir 17tahun di tempat tersebut.
Dalam pada masa yang sama, saya adalah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan secara online dan offline.
Saya menjalankan perniagaan bersama suami saya dalam kerja – kerja membina tabletop dan memasang kabinet serta pemasangan siling kapur. Selain itu, saya juga mempunyai sebuah Home To Stay yang lebih dikenali sebagai HOMESTAY INTAN PAYUNG. Sudah semestinya saya juga terlibat dalam bidang kecantikan dan fesyen kerana minat saya yang mendalam dalam bidang tersebut.
Selain berkongsi tentang perniagaan, saya juga akan berkongsi sedikit-sebanyak kepada anda semua tentang kehidupan saya sebagai pesakit kanser payudara Tahap 2 yang masih menjalani rawatan kesihatan.
Diharap anda semua boleh menjadi kawan baik saya di alam maya ini dan ukhuwah kita berkekalan hingga akhir hayat. InshaALLAH.