Pejuang Kanser
-
Tamoxifen
Walaupun bumi Melaka dilimpahi hujan hampir separuh hari, tetapi badan saya masih berasa panas. Rasanya dah masuk kali ke-3 saya mandi sepanjang hari ni. Keadaan panas badan saya lalui ni sudah hampir 2 tahun semenjak saya mula mengambil ubat Tamoxifen bermula Ogos 2020 yang lalu. Rasanya itu adalah kesan minima yang terjadi kepada kebanyakan pesakit kanser payudara seperti saya ni. Ubat tamoxifen ialah ubat anti-kanser bagi pesakit kanser payudara. Ia bagi mengelakkan daripada kanser kembali atau merebak kepada organ badan yang lain. Saya perlu mengambil Tamoxifen selama 5 tahun. Setiap hari 1 biji ubat. Kalau boleh, jangan tertinggal walaupun sehari. Hehehehe..Kadang-kadang saya pun terlupa jugak nak makan ubat. Terutamanya kalau…
-
Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2022
Pada hari Sabtu, 1hb Oktober 2022 berlangsungnya Majlis Pelancaran Bulan Kesedaran Kanser 2022 anjuran PPKM (Pertubuhan Pejuang Kanser Melaka). Di sini saya kongsikan gambar – gambar yang diambil sepanjang majlis berlangsung. la perkongsian daripada telefon bimbit saya dan ada juga daripada telefon bimbit kawan-kawan yang lain. Majlis ini diadakan di Dewan Sri Chendana, Taman Botanikal Negeri Melaka. Berikut adalah tentatif program bagi majlis tersebut; Sememangnya majlis ini berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama yang padu daripada barisan Ahli Jawatankuasa PPKM yang dipengerusikan oleh Puan Deewi binti Ismail. Tahniah buat anda semua! Majlis diserikan dengan kehadiran para penceramah yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Acara kemuncak bagi Majlis Pelancaran Bulan Kesedaran Kanser Payudara…