-
Tamoxifen
Walaupun bumi Melaka dilimpahi hujan hampir separuh hari, tetapi badan saya masih berasa panas. Rasanya dah masuk kali ke-3 saya mandi sepanjang hari ni. Keadaan panas badan saya lalui ni sudah hampir 2 tahun semenjak saya mula mengambil ubat Tamoxifen bermula Ogos 2020 yang lalu. Rasanya itu adalah kesan minima yang terjadi kepada kebanyakan pesakit kanser payudara seperti saya ni. Ubat tamoxifen ialah ubat anti-kanser bagi pesakit kanser payudara. Ia bagi mengelakkan daripada kanser kembali atau merebak kepada organ badan yang lain. Saya perlu mengambil Tamoxifen selama 5 tahun. Setiap hari 1 biji ubat. Kalau boleh, jangan tertinggal walaupun sehari. Hehehehe..Kadang-kadang saya pun terlupa jugak nak makan ubat. Terutamanya kalau…