SM DAENG

SM Daeng ialah syarikat suami dengan saya.

Kami bekerjasama menjalankan perniagaan dalam bidang kerja pembinaan.

Kami membina tabletop, membuat pemasangan kabinet dan pemasangan siling kapur di rumah Tuan / Puan.

Kami bermula pada awal tahun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh Malaysia. Alhamdulillah, bermula dari tahun tersebut sehingga sekarang, perniagaan kami berkembang dengan baik.

Di sini, saya kongsikan gambar kerja pembinaan tabletop dan kabinet 3G glass di rumah kediaman Puan Norizan, Taman Tuah, Durian Tunggal, Melaka.

Alhamdulillah, kerja pembinaan dapat diselesaikan dengan lancar dan Puan Norizan dapat beraya dengan tabletop dan kabinet baru sebelum Raya Aidilftri tahun 2022.

Buat masa ini, kami hanya mengambil tempahan memasang kabinet dan siling kapur. Untuk pembinaan tabletop, kami hentikan buat sementara waktu.

InshaAllah kami akan kongsikan lebih banyak lagi hasil kerja pada masa akan datang.

Tuan Puan boleh menghubungi saya PUAN FATIMAH 01158968079 untuk mendapatkan sebutharga. Untuk anggaran kasar, saya akan maklumkan sebutharga berdasarkan nilai ukuran yang Tuan / Puan beri.

Sekiranya, Tuan / Puan ingin dapatkan sebutharga yang lengkap, kami perlu datang dahulu ke lokasi pembinaan yang Tuan / Puan kehendaki. Ini membolehkan kami mendapatkan maklumat lengkap tentang kerja – kerja pembinaan yang bakal dijalankan. InshaAllah, tiada caj dikenakan untuk sebutharga. Ianya PERCUMA.

Jadi, jangan malu atau segan. Silalah whatsapp saya PUAN FATIMAH 01158968079 untuk maklumat lanjut.