Myself

Kursus Unleashing Creativity with Canva and Capcut Editor

Bermula 27hb Ogos 2024 (Selasa) hingga 29hb Ogos 2024(Khamis), saya dan kawan sekerja semua berkampung di Hotel Ames Mitc Melaka bagi menjayakan Kursus Unleashing Creativity with Canva and Capcut Editor. Ini adalah sesi ketiga kami terlibat dalam program pemerkasaan PAK 21 yang diaturkan oleh pihak MARA dan IKM Jasin secara amnya.

Terima kasih kepada urusetia PAK 21, tenaga pengajar kursus dan semua peserta yang menyertai kursus kali ketiga ini.

Untuk kursus kali ini, pihak penganjur yang diterajui oleh Puan Farah dan Timbalan Pengarah HEA, Tn Hj Kamarul Ariffin serta Trainer daripada Syarikat ErgoLead Enterprise telah memfokuskan kepada matlamat atau hasil kursus kepada tiga (3) item berikut;

a) Peserta dapat membuat storyboard untuk membuat rakaman video.

b) Peserta dapat mengaplikasikan apps Canva Pro dengan baik.

c) Peserta dapat mengaplikasikan apps Capcut Editor dengan baik.

Tenaga pengajar yang mengajar kami adalah Tuan Ir Haziq Asyraf bin Marzuki. Muda lagi orangnya dan merupakan tenaga pengajar yang serba boleh dalam bidang ini. Bagi saya, penerangannya sangat jelas dan mudah untuk difahami. (Cuma, kursus kali ni, badan saya kurang memberikan kerjasama yang baik. Saya mudah penat dan mengantuk sepanjang kursus dijalankan).

Kami diajar tentang cara membuat storyboard menggunakan Canva di mana kami perlu menulis jalan cerita untuk video yang akan dihasilkan. Bagi menghasilkan skrip video yang bagus, ChatGPT pula digunakan bagi memudahkan kerja kami semua.

Selepas penghasilan storyboard dan penulisan skrip selesai, baharulah kami diajar cara untuk menghasilkan video. Kiranya kami diajar untuk menjadi ‘content creator’ seperti Khairulaming gitu.

Kami diajar tentang cara menghasilkan pencahayaan yang betul semasa merekod video di mana ada 3 jenis lampu yang perlu disediakan untuk sesi ini. Ketiga – tiga jenis lampu ini akan menghilangkan bayang dan mengurangkan silau semasa sesi merekod dijalankan.

Begitu juga, semasa sesi rakaman suara, kami dikehendaki merakamnya secara berperingkat dan menggunakan intonasi suara yang sesuai. Akhir sekali, kami akan edit video menggunakan apps Capcut Editor.

Alhamdulillah, kesemua peserta seramai 25 orang seronok dan lebih santai semasa menyertai kursus kali ini. Kami semua dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu:

Ini ragam kami semua sepanjang sesi kursus diadakan sebagai kenangan.

  • Sesi membuat storyboard dan mengedit video
  • Sesi merekod video

  • Sesi pembentangan hasil kerja

Akhir sekali adalah sesi penyampaian hadiah bagi pembentangan persembahan yang terbaik. Kami dikehendaki melakukan undian dan inilah keputusannya.

Kami juga berterima kasih kepada team Ergolead Enterprise yang sangat komited sepanjang kursus dijalankan. Terima kasih melayan karenah kami yang masih merangkak untuk menguasai teknologi baru ini.

Alhamdulillah selesai sudah kursus kali ini. Syukur ya Allah.

Jangan pedih mata k. Gambar kami ni banyak. Ni gambar kami Kumpulan Jom Bongkar. (“,)

Akhir sekali, saya nak kongsikan sedikit tentang storyboard dan video yang telah dipendekkan daripada kumpulan Jom Bongkar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *