Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2022
Pada hari Sabtu, 1hb Oktober 2022 berlangsungnya Majlis Pelancaran Bulan Kesedaran Kanser 2022 anjuran PPKM (Pertubuhan Pejuang Kanser Melaka).
Di sini saya kongsikan gambar – gambar yang diambil sepanjang majlis berlangsung. la perkongsian daripada telefon bimbit saya dan ada juga daripada telefon bimbit kawan-kawan yang lain.

Majlis ini diadakan di Dewan Sri Chendana, Taman Botanikal Negeri Melaka.






Berikut adalah tentatif program bagi majlis tersebut;

Sememangnya majlis ini berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama yang padu daripada barisan Ahli Jawatankuasa PPKM yang dipengerusikan oleh Puan Deewi binti Ismail. Tahniah buat anda semua!

Majlis diserikan dengan kehadiran para penceramah yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat.



Acara kemuncak bagi Majlis Pelancaran Bulan Kesedaran Kanser Payudara adalah Majlis Perasmian olh YB Datuk Kalsom binti Nordin Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka.





Program terakhir “Nak cantik dan sihat bersama Mary Kay” yang dijalankan memang best. Puas hati saya dapat menconteng muka sendiri sambil menunjukkan kebolehan mewarna dan melukis yang telah lama saya tinggalkan. Program ini ibarat ‘booster’ kepada kami semua dalam meningkatkan keyakinan diri saya dan kawan-kawan semua.







Saya berasa sungguh seronok pada hari tersebut kerana berpeluang menambah ilmu dalam menambahbaik tahap kesihatan, malah dapat berjumpa kawan-kawan seangkatan dan seperjuangan dalam menentang kanser. Al-maklum semenjak saya mula bekerja semula selepas bercuti panjang selama 2 tahun dari tahun 2020 hingga 2021, saya kurang dapat berjumpa dan berkumpul dengan kawan-kawan seperjuangan disebabkan kekangan tugasan kerja dan urusan rumahtangga dan keluarga. Diharapkan rakan seperjuangan saya akan terus sihat, kuat, gembira dan berbahagia sepanjang masa.
Semoga PPKM terus berkembang dan maju dari semasa ke semasa serta semakin dikenali di seluruh Malaysia. Malah, dengan adanya PPKM, para pesakit kanser yang baru boleh mendapatkan informasi yang betul mengenai kanser dan meneruskan perjuangan mereka semasa rawatan perubatan dijalankan. InshaALLAH. Allahumma Aamiin.