HOMESTAY TUAH PERDANA

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa saya namakannya sebegitu? Hehehehe. Nanti saya kongsikan cerita disebaliknya.

Selamat Datang ke HOMESTAY INTAN PAYUNG TUAH PERDANA.

All View Homestay Intan Payung

Sebenarnya saya puas memikir jugaklah nama yang dikira sesuai untuk home to stay ini. Pada masa tu, saya terdengar lagu nyanyian Bunga featuring Noraniza Idris bertajuk Intan Payung. Saya menyukai lirik lagu tersebut. Maka, saya pun namakan home to stay sebagai HOMESTAY INTAN PAYUNG.

https://youtu.be/f_XUS0xkUbo – LAGU ‘INTAN PAYUNG’ – BUNGA FEAT NORNIZA IDRIS

Homestay saya berada di Taman Tuah Perdana, Melaka. Kiranya di kawasan antara Bukit Katil dengan Bemban.

Ruang tamu (Sofa + TV + Siaran Hypp TV)
Ruang Belajar (Meja belajar + Wifi)

Homestay Intan Payung terdiri daripada ;

  • 3 unit bilik tidur
  • 2 unit tandas / bilik mandi
  • Ruang makan
  • Ruang tamu
  • Dapur memasak
  • Kawasan Dobi
Bilik Tidur Utama/Pertama
Bilik Tidur Kedua
Bilik Tidur Ketiga
Tandas / Bilik Air untuk Bilik Tidur Utama
Tandas / Bilik Air untuk Bilik Tidur Kedua & Ketiga

Homestay Intan Payung juga dilengkapi dengan peralatan/kemudahan seperti ;

  • Bilik tidur utama – Pendingin udara (airconditioner) + kipas siling + katil & tilam queen + almari pakaian + meja solek + ampaian pakaian
  • Bilik tidur kedua – Kipas siling + kipas diri + katil & tilam single + ampaian pakaian+ seterika + papan seterika
  • Bilik tidur ketiga – Pendingin udara (airconditioner) + kipas siling + tilam king + ampaian pakaian
  • Ruang makan – Meja makan + coffee station + peti ais + kabinet barang
  • Ruang tamu – Kerusi kayu + televisyen + meja belajar + wifi unifi + kabinet barang
  • Dapur memasak – Dapur gas + peralatan memasak + tabletop + singki
  • Ruang dobi – Mesin basuh semi automatik + bahan pencuci
  • Tandas/Bilikair – 2 unit tandas/bilik air yang lengkap dengan toiletteries
  • TIDAK DISEDIAKAN tuala mandi. Sila bawa tuala anda sendiri.
  • Bantal dan selimut tambahan serta tilam narita sekiranya anda memerlukannya.
Ruang makan & Ruang Dapur Memasak
Ruang Dapur & Ruang Dobi
Seterika + Papan Seterika
Ampaian pakaian + Telekung +Sejadah + Bantal & Tilam Narita tambahan + Kipas Diri

Kadar sewaan di Homestay Intan Payung adalah seperti berikut;

Harga sebenar : RM 300/malam

Harga promosi adalah RM 250/malam sahaja. Tempahan hanya melalui whatsapp sahaja.

+ Deposit/Cagaran : RM100 sahaja

Terma dan syarat tempahan awal:

  • Deposit/cagaran dibayar awal untuk menempah tarikh yang diinginkan. Deposit perlu dibayar terlebih dahulu untuk tetapkan tarikh tempahan.
  • Isi borang pendaftaran pada link yang akan diberikan beserta salinan kad pengenalan.
  • Kadar sewa dan deposit adalah tetap nilainya.
  • Kadar sewa perlu dibayar SATU(1) hari sebelum pelanggan check in ke homestay. Jika bayaran tidak dibuat, kunci homestay tidak akan diberikan.
  • Deposit juga adalah cagaran. Ia akan dipulangkan semula apabila pelanggan checkout dan telah memulangkan semula kunci homestay.
  • Deposit/cagaran juga tidak dipulangkan sekiranya homestay didapati dalam keadaan kotor dan peralatan di dalam homestay didapati hilang/rosak.
  • Bayaran sewa tidak akan dipulangkan sekiranya pelanggan keluar awal dari homestay sebelum tarikh check out yang telah ditempah.

Homestay Intan Payung mengamalkan polisi MESRA MUSLIM (Muslim Friendly). Maka, diharapkan para pelanggan mematuhi beberapa langkah penjagaan homestay iaitu;

  • Tidak dibenarkan membawa masuk makanan & minuman yang TIDAK HALAL.
  • Tidak dibenarkan membawa masuk haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan sebagainya.
  • Tidak dibenarkan memasak makanan & minuman yang TIDAK HALAL.
  • Tidak dibenarkan mengambil barang/peralatan yang disediakan di dalam homestay.
  • Tidak dibenarkan merosakkan barang/peralatan dengan sengaja di dalam homestay.
  • Tidak dibenarkan merokok di dalam homestay yang diinap.
  • Disediakan juga bahan makanan dan minuman untuk kegunaan pelanggan. Makanan dan minuman boleh dimakan dan bahan masakan boleh dimasak. Pastikan ruang dapur dibersihkan selepas digunakan.
  • Buang sampah ke dalam tong sampah besar di luar homestay.
  • Pastikan tiada kerosakan peralatan semasa anda menggunakannya.
  • Pastikan homestay dalam keadaan bersih, kemas dan teratur sebelum anda check out.
  • Dilarang mencuri barang/peralatan di dalam homestay.
  • Pemilik tidak bertanggungjawab atas hal – hal luar jangka seperti ketiadaan bekalan elektrik atau bekalan air yang terjadi di kawasan perumahan homestay.
  • Pemilik homestay berhak membuat laporan polis terhadap pelanggan yang melakukan vandalisme dan mencuri barang/peralatan homestay.

Sesungguhnya kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang telah menginap di Homestay Intan Payung. Semoga ada rezeki untuk kita berjumpa lagi. InshaALLAH.

Untuk tempahan HOMESTAY INTAN PAYUNG, Tuan dan Puan boleh menghubungi saya Puan Fatimah melalui whatsapp 01158968079 atau klik link www.wasap.my/601158968079/homestay